template

Friday, October 5, 2012

♥ Hukum Berpurdah ♥


♥ Hukum Berpurdah / Berniqab Menurut Mazhab Syafi’ie ♥

Pendapat mazhab Syafi’ie, AURAT WANITA di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah SELURUH TUBUH. Sehingga mereka MEWAJIBKAN wanita memakai purdah DIHADAPAN LELAKI AJNABI. Inilah pendapat MU'TAMAD mazhab Syafi’ie.

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

* Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

* Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)

* Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan FITNAH” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

* Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Saturday, September 22, 2012

Penghijrahanku


•. Bilamana aku BERUBAH,
•. dari sejarah kehidupan yang biasa kepada peribadi hari ini yang semakin baik,
•. janganlah kalian berasa pelik dan ragu2 dengan penghijrahanku,
•. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku,
•. cukuplah Allah sebagai saksi,
•. Yang menghitungku bukan kamu dan bukan aku,
•. Tetapi Allah Rabb ku .. ^_^ ♥
 

Kahwin Muda


Seperti ini kita diibaratkan tika mendapat musibah?

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan d

isekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita m
erasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Final Report!


Terima Kasih teman Malam Jumaat ku... Alhamdulilah... Business Plan lagi....
Chill ;p

Talian Ukhuwwah itu umpama Tasbih


Why I choose Niqab


Berhijab itu bukanlah sebuah pilihan , tapi berhijab itu sebuah kewajiban yg harus kita jalani . Dan berniqab adalah pilihan ku...

Berhijab dan berniqab tidak menghalang ku untuk bergiat sama sekali.malah membuatku lebih bersemangat :) Alhamdulilah..

Berhijab dan Berniqab bukanlah bermakna akulah solehah, bukanlah bermakna aku yang hebat ilmu agama .. dan juga bukan untuk mendapat kepujian manusia semata-mata...

TETAPI aku berNIQAB kerana hendak mencari dan meraih REDHA ALLAH kerana sedar diri ini banyak kekurangan dan kelemahan...biarlah NIQAB ini sebagai TARBIAH untuk aku belajar menjadi seorang yang LEBIH baik...

Disebalik NIQAB ini juga aku sedang cuba belajar bagaimana cara untuk menjadi SEORANG MUSLIMAH yang CANTIK AKHLAKNYA...

Yang penting...biarlah NIQAB ini melindungi aku dari gangguan lelaki yg jahat...dan menjadi penghalang untuk aku melakukan maksiat kepada ALLAH...

DIsebalik NIQAB ini telah mengajar aku banyak perkara dan yang PASTI siapa yang menjadi PEMILIK NIQAB ia akan selalu RINDU untuk memakainya...

Allah..Allah..Allah...
Berniqab mencuit hatiku dahulunya... Timbul niat dihati memakainya... Setelah memakai kali pertama, aku lemah terasa rebah! aku lemah kerna Nikmat yang Allah beri ketika memakainya... Seperti air mata jatuh tanpa henti kerna terasa nikmat yang teramat dari Allah... Sungguh... aku mencari erti sebenar APA ITU NIQAB? APA KEBAIKAN BERNIQAB? Dan segala tentang NIQAB... sebelum memakai niqab, haruslah bersedia segalanya... berniqab punya ujian dan cabaran didunia....

Al-Ahzab 71:

Dan barangsiapa menTAATI Allah dan RasulNya, maka sungguh, dia MENANG dengan KEMENANGAN yang AGUNG.

Ya Allah, ku harap pengampunan mu ya Rabb...

~✿..Aku LEMAH..aku salah, aku BERDOSA..aku bukan wanita solehah, aku bukan siapa siapa..aku cuma HAMBA HINA, aku bukan permata..aku cuma kaca, perilaku TIDAK TERJAGA..bicaraku kadang tiada santunnya, hatiku kadang BERPRASANGKA..✿~

Aku tahu..
Aku MALU..
Ya Allah..Tuhanku..
MAAFKAN aku..
Maafkan aku..

>>> Ya Allah, kuangkat kedua tanganku..SUDIKAH Engkau MENERIMA cintaku, berdarah-darah akan kutempuh..menggapai tarikat cintaMu..tujuh syurga pun aku TIDAK MAMPU kuraih, menerima diri yang penuh DOSA dan NODA ini..kuharap cinta dan ampunanMu..setinggi arasyMu seluas semesta cinta..TERIMALAH hambaMu yang HINA ini..♥♥♥

Monday, September 17, 2012

Berbaik dengan Bukan Islam



Tiada masalah andai orang Islam dan Bukan Islam hidup bersama andai saling bertoleransi dengan agama masing-masing..

Apakah yang dianjurkan dalam Islam?
At-Taubah 6-7

Dan jika seseorang dari kaum musyrik(Bukan Islam) meminta perlindungan kepadamu , maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia kemana- mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).

Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

Rasulullah s.a.w berinteraksi dengan sangat baik kepada golongan bukan muslim, berikut hanyalah beberapa contoh peristiwa yang berlaku dan beberapa informasi tambahan.

Menziarahi jiran yang sakit.

Daripada Anas r.a : “Seorang kanak-kanak yang selalu berkhidmat kepada Nabi telah jatuh sakit. Nabi menziarahinya dan duduk dekat dengan kepalanya. Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud : “Terimalah Islam“. Kanak-kanak itu melihat ke arah bapanya yang pada masa itu berada di sampingnya. Kata bapanya, “Taatilah kata-kata Abul Qasim.” Lalu kanak-kanak itu memeluk Islam. Nabi keluar dari rumah kanak-kanak itu lalu bersabda yang bermaksud, “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya daripada api neraka.” (Ibn Hajar al-Asqalani)

Membalas ucapan yang kesat dengan ucapan yang baik.

Dari Aisyah r.ha. katanya, “Satu golongan yahudi menemui Rasulullah s.a.w lalu mengucapkan Assam alaikum (maksudnya : binasa ke atas kamu). Saya memahami kata-kata yahudi itu lalu menjawab : Wa’alaikumus sam wal la’nah (bagi kamu juga kebinasaan dan juga laknat). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sabar dulu wahai Aisyah, sesungguhnya Allah sukakan kelembutan dalam segala perkara.” Saya berkata : Tidakkah tuan mendengar apa yang mereka ucapkan? Rasulullah s.a.w menjawab, “Saya sudah menjawabnya dengan ucapan wa’alaikum sahaja.” (Bukhari)

Berdiri menghormati jenazah

Daripada Sahl bin Hunaif dan Qais bin Saad menjelaskan satu jenazah pernah lalu di hadapan Rasulullah s.a.w, lalu Baginda s.a.w bangun (pada ketika itu Rasulullah s.a.w bersama para sahabat). Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah orang yahudi.” Rasulullah s.a.w kemudiannya bersabda, “Bukankah dia juga seorang manusia.” (Bukhari)

Tuesday, September 11, 2012

Lima jenis wanita dalam Al-Qur’an


Ada lima jenis wanita dalam Al-Qur’an, yakni, pertama, tipe pejuang. Wanita  jenis  pejuang memiliki kepribadian kuat. Ia berani menanggung risiko apa pun saat keimanannya diusik dan kehormatannya dilecehkan.  Jenis  ini diwakili oleh Siti Asiyah 
binti Mazahim, istri Fir’aun.

Walau berada dalam cengkraman Fir’aun, Asiyah mampu menjaga aqidah dan harga dirinya sebagai seorang Muslimah. Asiyah lebih memilih istana di surga daripada istana di dunia yang dijanjikan Fir’aun.

Allah SWT mengabadikan do’anya, “Dan Allah menjadikan perempuan Fir’aun teladan bagi orang-orang beriman, dan ia berdo’a : Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkan aku dari kaum yang dzalim.” (QS. At-Tahriim: 11).

Kedua,  jenis  wanita shalihah yang menjaga kesucian dirinya.  Jenis  ini diwakili Maryam binti Imran. Hari-harinya ia isi dengan ketaatan kepada Allah. Ia pun sangat konsisten menjaga kesucian dirinya.

“Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!” demikian ungkap Maryam (QS. Maryam: 20).

Karena keutamaan inilah, Allah SWT mengabadikan namanya sebagai nama salah satu surat dalam Al-Qur’an (QS. Maryam [19]). Maryam pun diamanahi untuk mengasuh dan membesarkan Kekasih Allah, Isa putra Maryam (QS. Maryam [19] : 16-34). Allah SWT memuliakan Maryam bukan karena kecantikannya, namun karena keshalihan dan kesuciannya.

Ketiga, tipe penghasut, tukang fitnah, dan biang gosip. Jenis  ini diwakili Hindun, istrinya Abu Lahab. Al-Qur’an menjulukinya sebagai “pembawa kayu bakar” alias penyebar fitnah. Dalam istilah sekarang, wanita penyiram bensin.

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa. demikian pula istrinya, pembawa kayu bakar yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al-Lahab: 1-5). Bersama suaminya, Hindun bahu membahu menentang dakwah Rasulullah SAW, menyebar fitnah, dan melakukan kezaliman. Isu yang awalnya biasa, menjadi luar biasa ketika diucapkan Hindun.

Keempat, tipe wanita penggoda. Jenis  ini diperankan Zulaikha saat menggoda Nabi Yusuf. Petualangan Zulaikha diungkapkan dalam Al-Qur’an,

“Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata, “Marilah ke sini.” Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.” (QS. Yusuf: 23).

Kelima,  jenis  wanita pengkhianat dan ingkar terhadap suaminya. Allah SWT memuji wanita yang tidak taat kepada suaminya yang zalim, seperti dilakukan perempuan Fir’aun (QS. At-Tahriim: 11). Namun, pada saat bersamaan Allah pun mengecam perempuan yang bekhianat kepada suaminya (yang shaleh). Istrinya Nabi Nuh dan Nabi Luth mewakili  jenis  ini. Saat suaminya memperjuangkan kebenaran, mereka malah menjadi pengkhianat dakwah.

Difirmankan, “Allah membuat istri Nuh dan istri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang shaleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya) : Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka).” (QS. At-Tahriim: 10).

Wanita-wanita yang dikisahkan Al-Qur’an ini hidup ribuan tahun lalu. Namun karakteristik dan sifatnya tetap abadi sampai sekarang. Ada tipe pejuang yang kokoh keimanannya, ada wanita shalihah yang tangguh dalam ibadah dan konsisten menjaga kesucian diri, ada pula  jenis  penghasut, penggoda, dan pengkhianat.

Terserah kita mau pilih yang mana. Bila memilih  jenis  pertama dan kedua, maka kemuliaan dan kebahagiaan yang akan kita dapatkan. Sedangkan bila memilih tiga  jenis  terakhir, kehinaan di dunia dan kesengsaraan akhiratlah akan kita rasakan.

“Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. An-Nuur: 34). Wallaahu a’lam.
 

Monday, August 20, 2012

Ayat ul Kursi


1) Recite while leaving your home: 70,000 angels will protect you from all sides.

2) Recite when entering your home: poverty won’t enter your home.

3) Recite after wudhu: it raises your status 70 times.

4) Recite while sleeping: 1 angel will protect you the whole night.

5) Recite after farz salah: the distance between you and Jannah will only be death.

Demi Masa

Demi Masa , Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.
KECUALI orang-orang yg BERIMAN dan mengerjakan amal SALEH dan NASIHAT MENASIHATI supaya MENTAATI dan menasihati supaya menetapi KESABARAN...

SELALU baca surah nie.. tp selalu jg kta terlepas pandang... ayat yang pendek tapi padat dgn isi! subahannallah...

Ramai org berIMAN(mentauhidkan Allah yg satu)... tp mantap lagi kalau beriman dan "

beramal SALEH".... beramal saleh utk diri sendiri masih tak cukup utk jadi mukmin berjaya... oleh itu... marilah NASIHAT MENASIHATI supaya MENTAATI Allah yg SATU!.... Sungguh! yg beriman, beramal soleh dan saling menasihati lebih mantap lagi kalu punya KESABARAN yang tinggi!!!! mashaallah!!!

INDAH SUNGGUH AYAT AL-QURAN.. RINGKAS DAN PADAT.. BERMAKNA LAGI BENAR! KLU ADA 4 NIE..PASTI JADI MUKMIN YANG BERJAYA INSYAALLAH! JIKA XDA SALAH SATU... KITA ADALAH BENAR2 DALAM KERUGIAN

BARAKALLAH.... MASIH PUNYA SISA RAMADHAN UNTUK KITA BELAJAR SABAR..INSYAALLAH

Creator create us to complete each other...


Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783).

sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada Kemudahan


Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
Dan Kami telah menghilangkan daripada bebanmu 
yang memberatkan pungungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada Kemudahan
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) ,
kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.
Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
[surah Al-Insyirah]

:: Orang Yang Pertama ::


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada Hari Qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh ALLAH pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Makkah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam Syurga : Nabi Muhammad SAW.

Saturday, August 4, 2012

Kepada Wanita ku kasihi...



Kembalilah kita pada fitrah.. 
Kerana Kalian perhiasan dunia.. 
Cukup Sudah kita kecewakan Rasullullah...
Jangan buat Rasullulah palingkan wajah nya pada kita..
Cukup la..Jangan ditambah Dosa kita..
Mengundang Murka Allah... 
Cukup la..Jangan diheret Ibu Bapa Abang dan Adik lelaki kita ke Neraka..
Tidak kah kalian malu kepada Allah dan Rasulullah?

Wahai yg memiliki akal senipis rambut...
Andai kalian tahu pengikut teramai dajal selepas yahudi ialah wanita...
Andai kalian tahu penghuni neraka paling ramai ialah wanita.....
Andai kalian tahu diri kalian sgt berharga...
Hingga Nabi S.A.W bersabda jika dpt istri solehah maka telah sempurna separuh agamanya.......

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya..

Saturday, July 28, 2012

Hijab dan Niqab ini



Bukanlah sebagai bukti akulah solehah, 
Bukan jua sebagai bukti aku lebih baik, 
Andai dirimu tidak selesa janganlah disinis,
Aku juga manusia biasa, masih berlatih mentarbiyah
Diri ini, kita merangkak di medan yang sama,
Belum tentu kita bangkit,
Belum tentu kita rebah,
Biarkan, biarkan sahaja,
Antara aku dan Rabbku,
Kerana aku masih belum puas,
Bercinta bersama Tuhanku
Di sebalik dakapan lembut hijab itu.

-Biarkan aku terus bercinta bersama Tuhanku,
di sebalik dakapan lembut itu.-

Thursday, July 26, 2012

Usah dicela mereka!

Wahai manusia yang mengaku ALLAH sebagai tuhannya dan NABI MUHAMMAD sebagai kekasihnya....

hargailah setiap perubahan manusia...
beri sokongan kalau ada kenalan kita nak berubah,nak dekati masjid,nak pakai tudung labuh,nak pakai purdah,nak dekati islam...
pujuk mereka untuk kuat,berikan khabar gembira kepada mereka tentang betapa bangganya rasulullah melihat mereka berusaha menjadi baik...
kesat air mata mereka dan beri mereka kata-kata penaik semangat untuk terus kuat..

dalam pemerhatianku,bila seseorang itu mahu berubah menjadi hebat seperti nabi atau isteri nabi terutamanya bab pakaian(serban,jubah,purdah,tudung labuh),mereka akan disokong ramai orang yang JAUH dari mereka tapi akan dicela,dihina oleh orang yang DEKAT dengan mereka.....
selalunya dihalang ibu,bapa,suami,isteri,keluarga,kawan baik....

kenapa?

bukankah kalian sepatutnya menyokong mereka?

bukankah kalian yang paling dekat dengan mereka dan memahami mereka?

kenapa kalian terlampau benci kepada syiar islam?

kenapa kalian terlampau peduli 'nanti apa orang kata' lebih daripada islam?

Berilah sokongan!jika ada insan terdekat mu yang sedang berubah,,yang nak belajar-belajar pakai purdah,belajar-belajar pakai serban,belajar-belajar ke masjid,ke kuliah agama.....janganlah halang dia,sokong lah dia....

atau RASULULLAH AKAN PALINGKAN WAJAH MULIA BAGINDA DARIPADA KALIAN DI MAHSYAR NANTI KERANA KALIAN MENGHALANG HAMBA ALLAH UNTUK DEKAT KEPADA ALLAH...!!!

begitu juga,kalau jumpa muslim bermaksiat,jangan cela mereka,tapi dekati mereka dengan penuh kasih sayang dan cinta,dan bawa mereka pada agama...tunjukkan keindahan islam pada mereka..kalau kita cela mreka,mreka tak kan tinggalkan mksiat tu....

tapi mreka akan tinggalkan islam.. :'(

selamatkan ummat nabi saw......

Nasihat yang baik dr hamba Allah...ibnu batoota(bkn nama sebenar)

Saturday, July 21, 2012

Kisah perjuangan Angry Bird oleh Ibnu Batoota(bukan nama sebenar)

Assalamualaikum...

Angry Birds Apa yang best sangat game ni? Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka.

Sedar tak kita…

Jawapannya sebab….
..dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban; menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.

Tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pula? Sanggup mengorbankan anaknya!

Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang; menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk mencapai satu matlamat; menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya… terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga…” (At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie
Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.

3) Tanzim (organisasi)
Yang tersusun tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

Tidak. Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza. Setiap burung mempunyai isti’ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun, sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu.

Kenapa? Sebab Saidina Ali mengatakan:

“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

Diorang susun dengan menilai, bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu? Maka setiap orang yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya.

Yang reti potong kayu pergi serang kayu
Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu

Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka, untuk detect, apakah kelemahan musuh kita, dan dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.

Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam?

“eh silap”

Untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.

5) Taat
Dan sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang, adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas, dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan.

Pasti tidak ada orang yang nak main, dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh, jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.

6) Ukhuwah
Lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat, itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang, mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya, mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka.

Kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara, seperti mana kita umat Islam bersaudara.

Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya. Dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita, daripada musuh yang nampak di dunia, dan juga musuh yang tidak nampak, yang menarik kita ke api neraka.

Kenapa? Sebab kita menyayangi saudara kita, sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang. Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam, tidak akan wujud game Angry Birds, jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka.

Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam, jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat” (An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah. Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.

Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds.

Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat, iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza, dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang..

Friday, July 20, 2012

Orang bukan islam jual kalimah Allah??


Kawan-kawan... kenapa nak terkejut andai kat kedai cina... india dan bukan islam mempunyai ayat-ayat suci Al-quran??? tak payahla nak fikir bukan2.. menjual kalimah-kalimah Allah.. kerana mengaut keuntungan..macam2 tanggapan buruk yang difikirkan...

INGAT! ALLAH xkata Al-Quran untuk ORANG ISLAM! Tapi untuk seluruh UMAT!

Mana tahu ayat tersebut boleh menyejuk hati mereka? mendamaikan kedai atau rumah mereka? mereka berasa selamat dgn kalimah Allah.. tanpa mereka sedar...

Ketahuilah.. punya hati mereka yang terasa damai mendengar ketika azan dilaungkan. mendengar 99nama Allah dimainkan(terjadi kt kwn sya )... nasyid dimainkan... Al-quran dibacakan..tapi hidayah belum milik mereka mungkin kerna tidak mengkaji agama yang benar... takut dengan agama islam kerana tidak jelas bg pandangan mereka.

Pernah terjadi pada Umar Al-Khattab, seorang yang bengis, garang dan ditakuti oleh ramai orang, dikurniakan ALLAH badan yang besar.. naik kuda sehingga meleret kaki nya.. sedangkan kita tergantung bukan...sangat benci dan musuh utamanya Muhammad s.a.w. Ketika ingin membunuh Muhammad s.a.w. dia mendapat tahu adik kandungnya Fatimah mengikut ajaran Muhammad s.a.w yakni islam.. Umar mendengar ayat Al-Quran, ayat TOHAA..1-7. Dia mula jatuh hati dengan ayat-ayat Al-Quran dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah... dan memeluk islam.. subahannallah... hati yang keras boleh dilembutkan dengan ayat Al-Quran.. Al-quran penyembuh segala penyakit. subahnnallah... (siapa ada suami/isteri/anak yang degil,pemarah,susah terima nasihat bolehla amalkan ayat nie smbil berniat untuk sembuhkan mereka)
wallahullam...

Seharusnya kita bangga kerna ada orang bukan islam yang menyebarkan risalah2 islam.. orang islam belum tentu menjual/menyebar risalah islam... secara tidak langsung mereka berdakwah... subahannallah...

Kenapa mendapat dahaga dan lapar di bulan Ramadhan?


Puasa tapi xsolat?
Puasa tapi tak tutup aurat?
Puasa tapi Xbetul niat(terpaksa/lain-lain)... SEPATUTNYA lilahitaalla..
Puasa tp membuat perkara keji dan mungkar?
Jadi apalah kita dapat? HANYA LAPAR DAN DAHAGA!!!!
RUGILAH KITA...kerna amalan puasa tak diterima...
saya kata TAK DITERIMA,,bukan TAK SAH ok... :)
solat adalah tiang agama... berdirikah amalan semuanya kalu agama kita takda tiang yg kukuh? wallahulllam~
****SOLAT RUKUN IMAN KE2... tapi kita lebih menekankan Puasa yakni rukum iman ke 3... bagaimana nak berdirinya puasa andai solat x dilaksanakan?

Ia diibaratkan....
andai puasa kita dapat SOFA
andai berzakat kita dapat KIPAS ANGIN MEWAH
andai bertarawih kita dapat lampu mewah
andai bertadarus kita dapat meja makan yang mewah...
tetapi TIDAK berSOLAT!!!.... TAKDA TIANG!!! ...bagaimana kita nak letak semua barang2 rumah kita kalu rumah tak bertiang... seperti dipadang yang mempunyai barang2 rumah tanpa tiang, dan dinding! cuba kita bayangkan..seperti apakah itu?
PASTI KAMU FIKIR DIA ORANG GILA BUKAN??

Maka..berlapar dan dahagalah dibulan puasa.. jadikanlah bulan ramadhan penghapus dosa. insyaallah kita sama2 menghayati kenikmatan bulan ramadhan...

Thursday, July 12, 2012

MANA YANG PATUT DIMALUKAN ?





◆ Malu kerana berbaju kurung,bertudung & berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian skirt pendek,dress seksi & tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

P/S: MALU itu perlu..tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
Malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
Jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
InsyaAllah..♥

Dirimu begitu berharga ya Ukhti...


Duhai wanita,
Engkau tiada perlu memakai begitu banyak perhiasan,
karena engkau adalah perhiasan itu sendiri..

Kecantikan yang kau jaga dengan menghijabinya,
akan menghantarmu pada kemuliaan.
Dan sebaliknya jika tak kau hijabi,
maka akan menghantarmu pada kehancuran.

Engkau tak perlu menampakkan keindahanmu duhai wanita,
karena dengan sendirinya keindahan itu
akan tertampakkan pada caramu menghijabi diri

Hijabmu yang menjuntai,
dan akhlaq yang tertata membuat iri
sekaligus pembangkit semangat bagi wanita lain
yang ingin sepertimu bahkan melebihi mu

Keshalehan adalah keindahanmu..
Berbinar cemerlang bak mutiara..
Santunmu bagai cermin bagi yang memandang.
Dari begitu banyaknya perhiasan didunia,
jadilah engkau sebaik-baik perhiasan,
yakni sosok wanita saleha.
Beribu lelaki pencinta kesolehanpun,
berebut ingin memilikimu

Wanita salehah,
wujud cintanya pada ALLAH adalah ketundukan dan ketaatan pada syariaNYA.
Ia bagi teman salehah adalah yang mampu mengingatkan dalam kebenaran dan kebaikan.
Ia bagi anaknya adalah madrasah yang tak kenal lelah dalam membimbing.
Ia bagi lingkungannya adalah contoh teladan bagi tiap wanita.
Dan ia bagi suaminya adalah partner yang mengokohkan dalam
menempuh dan meraih ridho ilahi.

Duhai wanita, gadis remaja, ukhti muslimah..
jadilah sebaik baik perhiasan dunia.
Agar selamat dunia ini dari kehancuran

Tuesday, July 10, 2012

Cinta Bertahun-Tahun?


Aurat diantara abang ipar dan adik ipar


Soalan:
Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar?

Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam,
kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar
tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi
jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah
ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya;
Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke
tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat
baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)

Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini
perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan
oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut
merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.

Thursday, July 5, 2012

Hukum Puasa Selepas Nifsu Sya'aban


Masih ramai kalangan orang awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (15 Sya'baan).

Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi'i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi'i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi'i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-
"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa' bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW:

"Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa"
 [ HR At-Tirmidzi ]

Dan telah berkata Abu 'Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini."
Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."
 [ HR Abu Daud ]

Imam ash-Shan'ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa' bin 'Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan'aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa' bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa' bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).
Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-

1. Puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama.
(separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.

2. Puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang.
(yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah membiasakan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan kebiasaannya itu.

3. Puasa qadha' samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu.

4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan.
Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.


Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi'i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-


(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-

Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.'anha yang menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit."... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha' atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).

Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu'in"pada halaman 60:-

(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ..., dan demikian pula haram puasa selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha' walaupun hanya qadha' puasa sunnat.

Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-

Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.
Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi'i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.


Sumber : http://jomfaham.blogspot.com
Sumber Asal : http://bahrusshofa.blogspot.com
- Ambil dari Artikel iluvislam.com

Imamku


Monday, July 2, 2012

Mengapa Negara Islam Berperang?


Ada tanggapan dan tunduhan negara-negara Islam suka berperang. Walaupun demikian, tuduhan itu tidak mempunyai bukti. Peperangan yang berlaku di Negara-negara Islam adalah disebabkan pencerobohan oleh Negara-negara bukan Islam. Islam tidak membenarkan pembunuhan tanpa alas an seperti kata Allah dalam ayat dibawah:

Sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa alas an yang membolehkannya membunuh orang tersebut atau melakukan kerosakan di bumi, maka seolah-olah dia membunuh manusia semuanya.
(Surah Al-Maidah 32)

Ayat diatas jelas menerangkan Islam tidak membenarkan peperangan, tetapi Islam mengalakkan umatnya berbuat baik kepada semua manusia.
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengusir kamu dari kampungmu. Sesungguhnya Allah mengasihih orang-orang yang berlaku adil.
(Surah Al-Mumtahanah 8)

Negara Islam tidak pernah menceroboh Negara lain..Tetapi sekiranya Negara Islam dicerobohi Negara lain, sebagai bangsa yang berdaulat wajib mempertahankan diri bersandarkan ayat Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
Dan perangilah orang yang memerangi kamu kerana menegarkan dan mempertahankan agama Allah, dan janganlah memulakan peperangan, kerana sesunguhnya Allah tidak suka kepada orang yang memulakan peperangan. (Al-Baqarah:190)

Ayat diatas menjelaskan Islam hanya membenarkan peperangan bagi menegakkan dan mempertahankan keadilan termasuk keadilan beragama. Islam melarang keras menceroboh Negara lain atas alas an apapun sekiranya Negara tersebut tidak memulakan peparangan.
Peperangan dalam Islam mengharamkan pembunuhan orang yang tidak terlibat dalam peperangan seperti perempuan, kanak-kanak dan orang tua, peniaga di pasar atau petani di lading.
Bukan Negara Islam sahaja, bahkan semua Negara akan melakukan perkara yang sama sekiranya diceroboh bagi tujuan penjajahan.
Apabila Negara-negara Islam diserang musuh untuk dijajah seperti Iraq, Afganisan, Palestine, Chechen, maka rakyatnya berhak menyerang bagi mempertahankan Negara mereka. Walaupun akan mengakibatkan kehancuran dan korban semata-mata namun adalah wajar bagi mendapatkan semula kemerdekaan dan mempertahankan maruah sebuah Negara yang berdaulat. Islam tidak pernah menggalakan pengikutnya berperang dengan menyerang Negara lain, tetapi sekiranya mereka diserang, maka mereka wajib mempertahankan diri.

Sunday, July 1, 2012

Pandangan Ulama mengenai Nifsu Syaaban

Nisfu Syaaban mengikut pandangan ulamak:

(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

Dalam Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)“, Al-Qaradhawi menyebut tentang malam Nisfu Sya’ban, bahawa tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”

(2) Al-Hafiz al-Iraqi:
“Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya`ban adalah maudhu`, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”

(3) Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:
“Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan `Isya’ pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya`ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid`ah (ditokok tambah dalam agama).” (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

(4) Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz:
“Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).” (Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

(5) Al-Imam as-Suyuti:
“(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).” (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

(6) Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah:
Malam nisfu Sya'ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban daripada hadis-hadis (Nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya'ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina 'Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi' sambil mendongakkan kepalanya ke langit. lalu baginda berkata : Wahai 'Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata 'Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya'ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." [Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.] 

Seterusnya,

عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu'adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda :"Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan." [Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.] 

Seterusnya,

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .
Hadis daripada Saidina 'Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar." [Riwayat Ibnu Majah] 

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri'tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara' yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata :

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .
"Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan." [Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.] 

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

"Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan." -tamat

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma'arif) :

"Ulama' di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya'ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

Khalid ibn Ma'dan dan Luqman ibn 'Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : "Perkara tersebut tidaklah menjadi bid'ah." Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan 'Alim." -tamat

KESIMPULAN:

Beribadatlah mengikut apa yang telah disyariatkan melalui nas sahih yang diperolehi dari al-Quran dan as-Sunnah. Jangan sekadar mengamalkan sesuatu ibadah kerana ikut-ikutan, tanpa sandaran yang kukuh dari al-Quran dan as-Sunnah.

Perbanyakkanlah ibadah pada malam Nisfu Sya`ban dengan mengambil fadhilat dari hadith yang telah disebut di atas. Dirikanlah solat sunnat, baca al-Quran dan lain-lain amalan baik bagi mendekatkan diri kepada ALLAH. Tiada amalan ibadah tertentu dan khas yang bersumberkan nas yang sahih sempena Nisfu Sya`ban. Hal ini telah disebut oleh beberapa ulama seperti di atas.

Maka menghidupkan malam nisfu Sya'ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid'ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan. Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid'ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya'ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

WA

Nota: Hadis2 yg dinukilkan oleh Prof Ali Jumaah akan saya semak martabatnya untuk pencerahan bila saya berkelapangan...






Sumber:http://www.facebook.com/ustazhashim/posts/10150910760306546