template

Saturday, June 30, 2012

Warming Up Ramadhan and Ever..


Islam dan Sains Moden


Islam dan sains moden
Islam sangat mengalakan umatnya untuk mencapai kejayaan. Setiap kali azan akan dilaungkan. “Hayyalafalah” iaitu mari menuju kejayaan, kejayaan akan tercapai melalui penguasaan ilmu sains. Merujuk sejarah Islam telah melahirkan pakar-pakar sains yang telah menyumbang kepada perkembangan sains moden, sedangkan pada masa itu Eropah dan Barat berada dalam fasa kegelapan.
Sumbangan Islam terhadap sains moden.
1.       ASTRONOMI DAN GEOLOGI
a)      Big Bang

Teori big bang baru ditemui pada abad ke-20 sedangkan Islam telah menerangkan tentang kejadian ala mini sejak 1400 tahin yang lepas sepertimana kata Allah di dalam Al-quran,

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.
(Surah Al-Anbiyak, ayat 30)
Ayat di atas menerangkan bahawa terjadi suatu letupan kuat sebelum terbentuknya dunia seperti dilaporkan dalam Teori Big Bang. Pada zaman tersebut, belum ada teknologi secanggih teknologi moden seperti sekarang tetapi Islam telah menerangkannya. Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukan tulisan daripada Nabi Muhammad tetapi Allah.
b)      Permulaan alam dipenuhi asap tebal.
                Allah menyatakan dalam Al-Quran,
Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepada keduanya dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya menurut perintahKU dengan suka hati atau terpaksa.” Keduanya menjawab: “Kami datang dengan suka hati”.
(Surah Fussilat, ayat 11)
Ayat di atas menerangkan permulaan kejadian bumi adalah gumpalan asap tetap dan ini bersesuaian dengan teori kejadian bumi mengikut sains moden.




c)       Alam semesta berkembang pesat

Mengikut kajian sains moden, bumi sentiasa berkembang, ini dibuktikan dengan jarak antara bumi dengan matahari semakin jauh, dan anara objek-objek langit sentiasa bertambah jauh. Ini selaras dengan penjelasan di dalam ayat Allah yang bermaksud,
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnyaKami benar-benar meluaskannya.
(Surah az-Zariyat ,ayat 47)
d)      Bentuk bumi
Dia menjadikan malam, melingkari siang dan menjadikan siang serta melingkari malam.
(SurahAz-Zumar ,ayat 5)
Ayat ini menunjukan bumi berbentuk bulat. Bulat yang dimaksudkan di sini bukan bulat adalah seperti telur burung unta. Telur unta mempunyai bentuk tidak sama seperti telur-telur lain. Ini bersesuaian engan penemuan sains moden yang mengatakan bahawa bumi berbentuk bulat.
                Allah mneyatakan di dalam Al-Quran,
“Dan bumi sesudah itu dihamparkanNya “
(Surah An-Naziyat ayat30 )
e)      Gunung-ganang sebagai pasak
Gunung ganang merupakan pasak yang akan menstabilkan bumi ini. Dalam Al-Quran, Allah menyatakan,
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasak?
(Surah An-Nabak,ayat 6-7)
f)       Orbit matahari dan Bulan
Bulan dan matahari beredar pada orbitnya. Ini berdasarkan ayat Allah yang berbunyi,
“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.”
(Surah Yassin ayat 40)


g)      Matahari berputar pada paksinya,
Allah berkata,
Dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.
(Surah an Anbiyak, ayat 33)

2.       FIZIK (Atom)
Atom merupakan partikel terkecil yang tidak dapat dihuraikan lagi. Ini bersandarkan dengan ayat dibawah:
Tidak ada tersembunyi daripada seberat zarah pun yang ada di langit dan di bumi serta tidak ada pula yang lebih kecil dan lebih besar daripada itu, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata.”
(Surah Sabal ayat 3)
3.       BOTANI DAN PERUBATAN
Sains moden menerangkan bahawa terciptanya makhluk baru dengan adanya pencampuran sel jantan (sperm) dan sel betina(ovum). Ini menunjukan dengan adanya pasangan, maka akan lahirlah organism baru. Allah menyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud,
Dan menjadikannya padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malan kepada siang.
(Surah Ar-Rad, ayat 3)
Madu mempunyai khasiat yuang baik untuk kesihatan manusia. Sungguhpun kandungan gulanya tinggi tetapis esuai untuk orang yang menderita darah tinggi. Madu telah banyak diolahmenjadi produk kesihatan dan juga ooerisa bagi makanan dan minuman. Allah menyatakan di dalam Al-Quran,
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengigat kebesaran Allah.”
(Surah Az-Dzariyaat, ayat 49)
Allah menyatakan lagi ,
Daripada perut lebah keluar madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
(Surah An- Nahl ayat 69)

4.       EMBRIOLOGI
Al-Quran menerangkan tentang fasa-fasa perkembangan bayi di dalam kandungan seperti dinyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud,
Kemudian Kami jadikan air mani yang disimpan dalam rahim. Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, alu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
(Surah Al-Mukminun ayat13-14)
                Allah juga menjelaskan penciptaan manusia dalam ayat yang lain Allah berkata,
Ketahuilah sesungguhnya Kamu telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi.
(Surah Al-Haj ayat 5)
                Ilmu embrio moden mengiktirafkan penjelasan Al-Quran tentang kejadian manusia paling terperinci.
5.       JANTINA BAYI
Allah menjelaskan kejadian jantina bayi itu di dalam ayat berikut.
Bahawasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita.
(Surah An-Najm ayat 44-45)

Thursday, June 21, 2012

Rahsia Ciptaan WANITA?


Sesungguhnya setiap satu kejadian daripada Allah SWT itu ada hikmah dan rahsia NYA. Bermula terjadi perbicaraan antara Allah dan Malaikat-Nya mengenai makhluk ciptaan-Nya  yang bergelar “WANITA”. Sesungguhnya ALLAH SWT memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita…padahal boleh saja Allah menyatakan “Kun, Fayakun”… jadilah, maka jadi… tetapi Allah Maha Bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apa pun yang hendak dibuat harus tersedia waktu dan masa yang cukup dan perlu proses kejadiannya. Malaikat menghadap Allah dan bertanya : “Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?” maka Allah menjawab : “Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya.” Malaikat terkejut dan berkata : “Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil.. Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman : “Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar ! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam…” Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : “Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!” Allah menjawab : “Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.” Malaikat bertanya: “Apakah dia bisa berpikir?” Allah menjawab : “Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat.
“Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :”Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?” Allah menjawab : “Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata… dan di situ terletak banyak beban berat.” Malaikat bertanya : “Kenapa mengalirkan air mata? Allah menjawab : “Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya…” “Apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya karena senang dengan keluhan (air mata) nya”. Al-Hadits “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.”
Allahualam…


SAYA INGIN TAHU DARI SURAH MANA DAN HADIS MANA AYAT-AYAT INI.. :") TAKUT IANYA PALSU ... SEBAB PENULIS TIDAK MENGATAKAN DARI MATA DATANGNYA AYAT2 INI.... ANDAI BENAR... SAYA BENAR2 TERIMA KASIH DAN KAGUM DENGAN KUASANYA... SUBAHANNALLAH...

Mengapa Islam Tidak Mengiktiraf Bible




MENGAPA ISLAM TIDAK MENGIKTIRAF BIBLE

Injil yang diturunkan kepada Jesus bukan dalam bentuk manuskrip tetapi wahyu yang tidak tertulis seperti kitab-kitab suci lainnya.

1.       Benarkah Al-Kitab bukan Injil atau Taurat seperti yang diterangkan dalam Al-Quran?

Injil yang dimaksudkan oleh Al-Quran adalah ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah kepada Jesus. Injil tersebut menjadi panduan bagi bangsa Yahudi pada masa tersebut sahaja.

Firman Allah Taala yang bermaksud,

Katakanlah, “Siapakah yang menurunkan kitab Taurat yang dibawa oleh Moses sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembaran-lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu perlihatkan sebahagiannya dan kamu sembunyikannya sebahagian besarnya, padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapa-bapa amu tidak mengetahuinya?”
(Surah AL-Annam ayat 91)

2.       Al-Kitab bukan Kitab Suci?

Berdasarkan senarai kitab-kitab, maka kandungan Al-Quran bukan dikhaskan kepada kitab yang dibawa oleh nabi tertentu. Bahkan Bible merupakan campuran daripada wahyu Allah, ajaran nabi-nabi, para sejarawan, pendeta-pendeta dan penulis lain yang tidak dikenalpasti identitinya. Maka Bible tidak layak dianggap sebagai kitab suci kerana kitab suci (Holy) mengandungi seratus peratus wahyu daripada Allah tanpa penambahan oleh manusia termasuk juga nabi. Al-Kitab merupakan campuran wahyu Allah,ajaran nabi,sejarawan, pendeta dan penulis-penulis yang tidak dikenal pasti identitinya. Ini membuktikan kesahihan Al-Kitab sebagai kitab suci tercalar oleh tambahan karya manusia.

3.       Adakah Bible bukan Injil dan Taurat?

Islam tidak mengaktiraf bible sebagai Injil dan Taurat walaupun Allah telah menerangkan di dalam Al-Quran tentang Injil dan Taurat. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran
Allah menurunkan Al-Quran kepadamu dengan sebenarnya;membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil.
(Surah Ali Imram ayat 3)

Allah menyatakan dalam ayat yang lain,

Dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu iaitu Al-Quran itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Mengetahui lagi Maha Melihat hamba-hambaNYA.
(Surah Fatir ayat31)

Apa yang dimaksudkan dengan Injil dan Taurat di dalam ayat di atas adalah wahyu yang diturunkan Allah kepada Jesus dalam bentuk lisan. Manakala Bible yang ada sekarang bukanlah Injil yang diturunkan kepada Jesus. Di antara Injil dan Bible terlampau banyak perbezaan. Injil dan Taurat mengajarkan konsep tauhid yang sama dengan kandungan Al-Quran manakala bible mengajarkan kesyirikan kepada Allah. Sekiranya kandungan di dalam Bible tidak bercanggah dengan Al-Quran, maka umat Islam akan menerimanya.

Apa yang diajarkan dalam Bible pada hari ini sangat berbeza dengan kandungan Al-Quran. Penyebaran ajaran Jesus selepas ketiadaan beliau diteruskan oleh golongan Nazarene di bawah satu organisasi yang dinamakan “Majlis Jerusalem Gereja Awal” dan diketuai oleh Bishop Jerusalam yang pertama, Jacob St.James

Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui ayat berikut

Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Quran ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kebenaran kepada mereka, apa yang mereka perselisihkan dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
(Surah An-Nahl ayat 64)

Melalui doktrin baru yang diajarkan oleh penganut Kristian ini, tidaklah terasa menyimpang daripada ajaran ketauhidan yang diajarkan oleh Jesus? Yang mana satu yang betul sebenarnya? Al-Quran telah memperbetulkan penyelewengan ini melalui firman Allah di dalam surah Al-Ikhlas ayat 1 hingga4.
Katakanlah “Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu. Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”

Pencanggahan dalam Bible

Pencanggahan dalam Bible menunjukan bahawa bible bukan kata-kata Allah sebab tidak mungkin kata-kata Allahakan bercanggah di antara satu ayat dengan ayat yang lain . Di bawah ini disalinkan beberapa contoh percanggahan yang terdapat di dalam bible.

a)      Tidak pernah lihat Allah
Tidak seorangpun yang pernah lihat Allah; tetapi Anak Tungal Allah, yang ada dipangkuan Bapa , Dialah yang mengatakanNya (John 1;18)

PERNAH LIHAT ALLAH

Kemudian Tuhan menampakan diri kepada Abraham dekat pohon terbantin di Mamre,sedang dia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik (Genesis 18;1)

                Yakub menamai tempat itu Pniel, sebab katanya. “Aku telah melihat Allah berhadapan muka ,tetapi nyawaku tertolong” (Genesis 32;23)
b)      Bilangan yang dibunuh

“ Tetapi  orang Aram itu lari dari hadapan oang Israel, dan Daud membunuh dari orang Aram itu 700 ekor kuda kereta dan 40 000 orang berpasukan berkuda. Sobakh, panglima tentera mereka dilukainya sedemikian, hingga ia mati disana.: (II Samuel 10:18)

“Tetapi orang Aran itu lari dari hadapan orang Israel, dan Daud membunuh 700 000 ekor kuda kereta dan 40 000 orang berpasukan berjalan kaki; juga Sofakh, panglima tentera mereka membunuhnya.”(I Tawarikh 19;18)

Daripada kedua-dua ayat di atas terdapat dua fakta yang berbeza dalam kes yang sama . sekiranya Al-Kitab adalah firman Tuhan, bagaimana percanggahan boleh terjadi kepada fakta yang sangat ketara?

c)       Umur

Dalam tahun ke -12 zaman Yoram, anak Ahab raja Israel, Ahazia, anak Yoram raja Yehuda, menjadi raja. Dia berumur 22 tahun pada waktu dia menjadi raja dan setahun lamanya dia memerintah Yerusalem.( II King 8;25-26)

Dengan demikian Ahzai, anak Yoram raja Yahuda, menjadi raja. Azahia berumur 42 tahun pada waktu dia menjadi raja dan setahun lamanya dia memerintah Jerusalem.(II Tawarikh 22;1-2)

                Kedua-dua ayat diatas juga terdapat percanggahan fakta tentang umur Ahazia iaitu 22 dan 42 tahun.

5.       Mengapa wujud ayat pornografi dalam Al-Kitab?

Banyak ayat-ayat dalam Al-Kitab yang menceritakan tentang pornografi. Ada yang mengatakan bahawa ayat-ayat tersebut adalah semata-mata untuk menjadi pengajaran kepada manusia. Adakah kita perlu mengajar anak-anak tentang seksual dengan menunjukkan adegan dapat mengambil pengajaran? Mungkinkah ayat-ayat Allah menceritakan tentang pronografi?

“ Nuh ialah petani, dan dialah yang mula-mula menanam anggur. Setelah Nuh minum Wain, dia menjadi mamuk. Dia menanggalkan pakaiannya lalu berbaring terlanjang dalam keadaan bogel dalam khemahnya. (Genesis9;20-22)

“Oleh sebab Lut berasa takut tinggal di Zaor, dia bersama dengan kedua-dua anak perempuannya pergi ke pergunungan dan tinggal dalam gua. Anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “ayah semakin tua dan tiada seorang pun di seluruh negeri ini yang dapat mengkahwinikita supaya kita mendapat anak. Marilah kita membuat ayah mabuk, lalukita tidur dengan dia supaya kita mendapat anak daripadanya.: (Genesis 19;30-32)

Injil yang diturunkan kepada Jesus telah diubahsuai oleh pengikut-pengikutnya. Firman Allah Taala yang bermaksud,

Maka celakalah orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: “ ini daripada Allah”, untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka celakalah mereka akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan apa yang mereka kerjakan.
(Surah Al-Baqarah:79)

Allah menyatakan dalam ayat yang lain,

Segolongan daripada ahli kitab ingin menyesatkan kamu padahal mereka sebenarnya tidak menyesatkan kamu melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya, hai ahli kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui kebenarannya. Hai ahli kitab, mengapa kamu mencampur-adukan hak dengan batil, dan menyembunyikan kebenaran,padahal kamu mengetahui?
(surah Ali Imran 69-71)

Oleh sebab itu, islam tidak mengiktirafkan Bible sebagai Injil dan Taurat yang diturunkan kepada Jesus. Walaupun masih banyak lagi penjelasan yang diturunkan kepada Jesus. Walaupun masih banyak lagi penjelasan tentang semua ini, tetapi ayat-ayat diatas sudah cukup untuk meyakinkan yang bahawa Bible adalah bukan ayat-ayat Allah.

Wednesday, June 20, 2012

Jarak Ini Menjaga aku dan dia



>> JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA..
Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..



p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥

Jika mengaku Beriman:




Jika mengaku BERIMAN kepada:

♥ Rasul (Muhammad S.A.W):Patuh perintah tutup aurat yg telah diterapkan Rasullullah S.A.W....
♥ Kitab : Perlu memahami dan mengamalkan anjuran menutup aurat
♥ Malaikat : Sedar bahawa Raqib dan Atid sentiasa merekodkan buku amalan samaada (lelaki/ppuan) menutup aurat atau tidak.
♥ Hari akhirat: Adakah masih berani dihumbankan ke neraka atau sebaliknya?
♥ Qada' dan Qadar : Jgn disangka dilahirkan dlm keluarga/berada dlm suasana tdk islamik menjadi alasan tidak menutup aurat.setiap manusia ada potensi untuk berubah

Doa mendapat Pasangan dan Zuriat yang soleh dan ramai





♥ ♥ Jodoh ku ditangan Allah ♥ ♥

♥ Ya Allah,Ya Tuhanku kurniakanlah aku suami yang Soleh, dia meminangku, mengahwiniku, Dan jadikan dia sahabatku Dunia dan Akhirat. Amin...♥

♥ Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa".♥ surah Al-Furqan 74

♥ "Ya Allah, banyakkanlah harta dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yang Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadap-Mu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku."♥
(HR. Bukhari)


--Doa mendapat pasangan dan zuriat yang soleh dan ramai 

Bertudung Labuh?



Ramai yang berpandangan "sinis" kepada mereka yang bertudung labuh atau bertudung besar kan..ada yang kata kolot, ada yang kata tak cantik, ada yang kata out to date, macam orang tua, jadi ustazah la dan macam-macam lagi. Manusia memang suka bekata-kata walaupun tiada kaitan dengan dirinya. 

Namun, tudung labuh dan tudung besar saya rasa lebih sesuai dan memenuhi tuntutan syariat..berbanding fesyen-fesysn tudung yang ada di pasaran. Saya berniat nak pakai tudung labuh, mudah-mudahan suatu hari saya dapat isitqamah. Aminnn 

Alam Semesta Menurut Al-Quran



PROSES TERCIPTANYA ALAM SEMESTER MENURUT AL-QURAN

Dalam salah satu teori mengenai terciptanya alam semesta (teori big bang), disebutkan bahwa alam semesta tercipta dari sebuah ledakan kosmis sekitar 10-20 miliar tahun yang lalu yang mengakibatkan adanya ekspansi (pengembangan) alam semesta. Sebelum terjadinya ledakan kosmis tersebut, seluruh ruang materi dan energi terkumpul dalam sebuah titik. Mungkin banyak di antara kita yang telah membaca tentang teori tersebut.

Sekarang, mungkin ada di antara kita yang ingin tahu bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang terbentuknya alam semesta ini. Dalam Quran surat Al-Anbiya (surat ke-21) ayat 30 disebutkan:

“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”

Lalu dalam Quran surat Fussilat (surat ke-41) ayat 11 Allah berfirman:

“Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa”. Keduanya menjawab: “Kami datang dengan suka hati”.

Kata asap dalam ayat tersebut di atas menurut para ahli tafsir adalah merupakan kumpulan dari gas-gas dan partikel-partikel halus baik dalam bentuk padat maupun cair pada temperatur yang tinggi maupun rendah dalam suatu campuran yang lebih atau kurang stabil.

Lalu dalam surat At-Talaq (surat ke-65) ayat 12 Allah berfirman:

“Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah ilmunya benar-benar meliputi segala sesuatu”

Para ahli menafsirkan bahwa kata tujuh menunjukkan sesuatu yang jamak (lebih dari satu), dimana secara tekstual hal ini mengindikasikan bahwa di alam semesta ini terdapat lebih dari satu bumi seperti bumi yang kita tempati sekarang ini.

Beberapa hal yang mungkin mengejutkan bagi para pembaca Al-Quran di abad ini adalah fakta tentang ayat-ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan tentang tiga kelompok benda yang diciptakan(Nya) yang ada di alam semesta yaitu benda-benda yang berada di langit, benda-benda yang berada di bumi dan benda-benda yang berada di antara keduanya. Kita dapat menemukan tentang hal ini pada beberapa surat yaitu surat To-Ha (surat ke-20) ayat 6 yang artinya:

“Kepunyaan-Nya lah semua yang ada di langit, semua yang di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah”

Lalu dalam surat Al-Furqan (aurat ke-25) ayat 59 yang artinya:

“Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa…”

Juga dalam surat Al-Sajda (surat ke-32) ayat 4 yang artinya:

“Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa…”

Dan surat Qaf (surat ke-50) ayat 58 yang artinya:

“Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan”

Dari surat-surat tersebut di atas terlihat bahwa secara umum proses terciptanya jagat raya ini berlangsung dalam 6 periode atau masa dimana tahapan dalam proses tersebut saling berkaitan. Disebutkan pula bahwa terciptanya jagat raya terjadi melalui proses pemisahan massa yang tadinya bersatu. Selain itu disebutkan pula tentang lebih dari satu langit dan bumi dan keberadaan ciptaan di antara langit dan bumi.

Dari uraian di atas kita dapat menyimpulkan bahwa sebelum para ahli mengemukakan tentang teori big bang (yang dimulai sejak tahun 1920-an), ayat-ayat Al-Quran telah secara jelas menceritakan bagaimana alam semesta ini terbentuk.

sumber:
http://islam-cinta-damai.blogspot.com/2009/03/proses-terciptanya-alam-semesta-menurut.html
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4345.40
http://halaqah.net/v10/index.php?page=327%3Bwap2

Andai mahu Berniqab





عَÙ†ْ عَبْدِالله بْÙ†ِ عَÙ†ْرٍ ÙˆَÙ‚َالَ

Ù‚َÙ„َ رَسُولُ الله صلعم

الدُّÙ†ْÙŠَا Ù…َتَاعٌ ÙˆَØ®َÙŠْرُ Ù…َتَاعِ الدُّÙ†ْÙŠَا الْÙ…َرأَØ©ُ الصَّالِØ­َØ©ُ

Dari Abdullah b Amru katanya :
     Bersabda Rasulullah s.a.w.:

Dunia ini barang yang berguna (menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik
  ialah wanita yang solehah
     Hadis sahih riwayat Muslim





[b]Jika kamu mahu berniqab.....[/b]
 Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
 Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
 Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
 Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..



Jadi sebelum kamu mulakan niqab di wajahmu,
 Niqabkan hatimu dulu,
 Niqabkan jiwamu dulu,
 Niqabkan lidahmu dulu,
 Niqabkan langkahmu dulu..



Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
 Yang terbuka belum tentu terus terbuka.
 Berilmu lah sebelum kau beramal wahai ukhti fillah.



Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Rabb mu...
 Menguji sekuat mana cinta niqab didalam dirimu..

Usahlah melatah jika difitnah, kerana diri mu terlindung dari segala fitnah...
 Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu....

Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam diri mu..



Usahlah kamu mendongak wajah ke langit....
 Perhatikanlah diri mu agar menjadi Niqabi terpuji ...
 Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kamu niqabkan wajahmu..
 Istiqamah bukan hanya sekadar kata-kata..

Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk diwarta di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
 Tetapi ia perlulah datang dari jiwa yang tulus demi Allah swt..
 Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..



Jangan perlekehkan nilai niqab,
 kerana dibalik tirai suara-suara itu..
 berhimpun manusia menunggu jelek kan kamu...



Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
 Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
 Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!



Yang membuka aurat, sudah ternyata tidak mahu mendengar-Nya....
 Jangan lah yang memberati aurat ini mencemar niqab mu sendiri....
 Jari jemari di papan kekunci katakan CINTAKAN ALLAH,CINTAKAN RASUL....

Yakinkah kamu? Jangan berkata tetapi hakikatkanlah tubuh mu...
 Terlalu sarat dengan kata nista....
 Kamu berdusta!!!



Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka dan nama ummul mu'minen mu....

Niqab bukan fesyen terbaru!

Niqab bukan sekadar pelindung tabarruj!

Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!

Niqab bukan untuk dipersendakan...

Berilmulah sebelum beramal....

Kerana yang akan menderita adalah diri mu....



[BERNIQABLAH KERANA KESEDIA MU, BUKAN UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN DIRI MU. KERANA ITU BELUM MENJADIKAN KAMU BERSEDIA UNTUKNYA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA



Dimanakah kita?





Di akhirat nanti, setiap 1000 orang, seorang sahaja yg akan masuk syurga... Lepas tu, apabila diceritakan oleh Nabi s.a.w. kepada sahabat2, mereka semua berasa sangat bimbang dengan kedudukan mereka.

Nabi s.a.w. pun menenangkan hati mereka dengan menjelaskan, bahawa perumpamaan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah seperti corak pada seekor lembu yang hitam, kemudian ada setompok berwarna putih pada lembu tersebut, maka setompok putih itulah umat Nabi Muhammad s.a.w berbanding corak yang berwarna hitam untuk umat-umat terdahulu dan zaman sekarang yang ingkar kepada Allah. Sedikitnya umat Nabi Muhammad s.a.w. di akhir zaman ini....

Ya Allah, golongkanlah kami di dalam golongan yang sedikit itu. Amin Allahumma amin...

Mahu mengenali Islam?




KEPADA YANG BERAGAMA ISLAM DAN INGIN MENGENALI ISLAM ♥ ♥ ♥

ISLAM bukan sebuah agama keturunan...
Bukan sebuah agama nenek moyang...
Bukan agama yang setaraf dengan fahaman-fahaman lain di negara ini.

Tapi ISLAM adalah AGAMA ALLAH, yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyatukan seluruh umat demi menegakkan kalimah tauhid ALLAH YANG SATU!

~BACALAH Surat cinta dari Allah, bukan di tulis oleh Nabi Muhammad s.a.w~

Sesungguhnya AGAMA YANG DIREDHAI oleh Allah HANYALAH ISLAM. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerena kedengkian yang ada di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNYA. AL-IMRAN 19

Allah menegur Kita pelbagai Cara




Duhai sahabat.. Jangan pernah putus asa dalam membuat kebaikan. menyeru orang berbuat baik.. Dan kpd sesiapa ada yang terasa dengan status atau post2 saya.. Saya mohon maaf.. tetapi niat saya adalah mahu kongsi apa yang saya dapat dan peroleh dari perspektif islam sebenar. Bukan mendambakan LIKE semata2... Bukan juga ingin merebut gelaran USTAZAH FACEBOOK...Insyaallah sama2 kita memperbaiki diri.. Kunci untuk jadi anak soleh dan solehah bermula dari berMUHASABAH selalu.. Ada orang kata. andai yang terasa dengan nasihat. bererti berkesanlah dan sampai lah apa yang kita nak sampaikan.. Jadi kawan2 andai yang terasa jangan pernah mengeluh dan timbul rasa benci.

Al-Mulk
Setiap kali dilemparkan ke dalam sekumpulan orang-orang kafir, penjaga-penjaga neraka itu bertanya pada mereka: "Apakah belum pernah datang kpd kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?"-8

Mereka menjawab: "Benar ada", sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakannya dan kami katakan: "Allah tidak menurunkan sesuatupun;kamu tidak lain hanyalah didalam kesesatan yang besar".-9

Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan peringatan itu nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala".-10

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat walaupun banyak mana ilmunya. Andai yang memberi nasihat,ditegur. bersedialah menerimanya.. Jangan beranggapan tidak layak untuk beri peringatan. Kerna itu tugas kita sebagai khalifah. Amal maaruf nahi mungkar.

*Khas buat rakan Facebook saya :)

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh




[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .
♥ MOGA ALLAH REDHA ♥

Ku Pohon Cinta dari Ilahi




Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
♥ Permata yang dicari ♥ deheart

Bila Diuji



Bila sedang diuji,
segeralah bertemu Rabb,
Bila rasa air mata perlu jatuh,
maka jatuhkanlah ia tanpa menahannya,
menangis tak bermakna kita lemah,
tp,ianya memberi kita sejuta kelegaan,
alhamdulillah!!!

Tanya Akal Jawab dengan Iman





Asal aku update status "bab kahwin" mesti org cakap
: amboi gatalnye...
: dah x sabar ke?
blablablablablablabla
Tapi asa org tukar status IN RELATIONSHIP@COUPLE
:congratulation! tahniah!
:wah! saya tumpang bahagia!


COME ON~ Bab kahwin juga ada dalam agama...Bab seks juga ada dibincangkan dalam agama(suami isteri sah)... permaslahatan wanita dan lelaki juga ada dalam agama..yakni ISLAM..sering dibincangkan...
Tapi COUPLE TAKDA dalam ISLAM... hanya kaum YAHUDI DAN NASRANI...
Orang yang boleh membezakan yang dilarang dan digalakan hanyalah orang berakal dan beriman
Wallahualam~
Tanya akal jawab dengan Iman...

Berhijrahlah



Bulat nian tekadmu
Dalan hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang di-Redhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para Solihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah
-Hijrah Menuju Allah-
Devotees


La Tahzan



JANGAN SEDIH ATAU KECEWA

✿~ Biar manusia BERSANGKA BURUK..
✿~ Biar manusia MENGHINA..
✿~ Biar manusia MEMFITNAH..
✿~ Biar manusia MENCELA..
✿~ Biar manusia BERFIKIRAN NEGATIF..
✿~ Biar manusia MENGANGGAP SALAH..

Tetapi selagi Allah ADA di sisi, selagi Allah MEMELIHARA diriku, selagi Allah MELINDUNGI dan MENJAGA diriku..selagi itulah tiada insan yang dapat MENYAKITI dan MENZALIMI diriku..keyakinan kepada Allah menguatkan hati, seringkali manusia itu MENGECEWAKAN tetapi Allah tidak pernah dan tidak akan mengecewakan hambaNya..terima kasih Allah..♥♥

Awaakk Pleaseee lah berubahh Yeee~




Untuk renungan bersama sahabat-sahabat sekalian..terutamanya yang bergelar wanita.. saya sayang dirimu seperti diri ini jua.. 


         Dengarlah wahai wanita~ Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. 
         
        Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka. Setitik air mata ibu kerana perangai jahat anaknya, selamanya kamu dalam neraka selagi tiada keampunan dari ibumu. 


        Hargailah pengorbanan kedua ibu bapa kita.. Jika sudah bersuami, janganlah hanya kerana kita yang tidak menutup aurat, dia pun tertarik sama. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kita. Jangan kerana kita orang lain yang kena. 


         MasyaALLAH...ALLAHU AKBAR sungguh nasihat ini untuk diri saya sendiri dan juga wanita-wanita di sana yang bergelar anak, isteri dan yang mempunyai keluarga.... Sayangilah mereka.. Jika tiada rasa sayang untuk mereka, sayangilah diri mu sendiri wahai wanita yang ku sayangi (n_n) ..ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNYA.

Pejuang Islam?


Kepada yang BERANGGAPAN agama ISLAM itu agama KEGANASAN...
Dengar sini:
Do NOT judge all muslims by some terrorist groups... Islam is AGAINST terrorism! and It PROMOTES BROTHERHOOD and PEACE!~...

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga
-Sunnah orang berjuang-Hijjaz


Cinta milik Allah





Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima dirinya..
Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, Kita tetap akan bersama dengannya.. kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang... dan sebaik-baik rancangan adalah dari ALLAH jua..
Biar Terlepas Pilihan Hati, Asal Tidak Terlepas Pilihan Allah :))

Buat Bakal Suami




Khas Buat : Bakal suami saya

Biar kamu salah sangka. Biar kamu salah anggap. Biar kamu salah menduga.
Biar kamu tahu yang buruk. Sebelum kamu mengharap yang baik².
Kalau kamu ikhlas, kamu akan sedia menerima kekurangan yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila kamu TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ?
Biar kamu tahu saya tidak pandai itu, saya tidak pandai ini.
Biar kamu tahu, saya mungkin tidak dapat memenuhi EXPECTATION kamu yang tinggi melangit itu. Biar kamu tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.

Biar kamu tahu, biar kamu buat keputusan supaya kamu tidak rasa TERTIPU, supaya kamu tidak menyesal kelak. Saya tidak memandang siapa kamu yang dahulu, tetapi saya pandang siapa kamu pada masa sekarang. Wallahu a'lam.

-aku ingin kau terima aku seadanya-

Ayat- Ayat Cinta





~NIKAH CONNECTING PEOPLE HALAL WAY~

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)

Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata:
“Tiada yang menghalang perkhawinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat.”

Perkataan ini menjelaskan bahawa agama tidak menghalang perkahwinan dan sebaliknya merupakan satu kecelaan terhadap orang-orang yang menghalangnya.

Siapa kamu untuk mencelanya?




::: "Dia tu dah susah baru nak cari Allah...berdoa! nak solat!.. "
Pedulilah apa orang kata... memang tempat Allah lah kita mengadu dan minta pertolongan... sesungguhnya Allah penerima taubat hambanya...

Katakanlah: "Hai hamba-hamba'Ku yang melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya,
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS. Az-Zumar: 53)
Tidakkah firman Allah ini dapat melapangkan hati, menghilangkan
keresahan, dan menghapuskan kegundahan Anda?

Tidakkah Anda merasa gembira dan bahagia dengan firman Allah s.w.t.,
Dan, (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menganiaya diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun
terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain
dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka
mengetahui.
83
(QS. Ali 'Imran: 135)

Juga firman-Nya,
Dan, barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia
memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.
(QS. An-Nisa': 110)

Firman-Nya yang lain,
Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu
mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu)
yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga).
(QS. An-Nisa': 31)

Firman-Nya yang lain,
Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu
memohon ampun kepada Allah, dan rasulpun memohonkan ampun untuk mereka,
tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(QS. An-Nisa': 64)

Dan, sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman,
beramal salih, kemudian tetap di jalan yang benar.
(QS. Thaha: 82)


Buat Suami Isteri


Renungkan, Buatmu Bakal suami soleh dan isteri solehah dalam meneruskan kembara perjalanan kembali ke negeri abadi...

Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia …
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah …
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhati2lah meluruskannya …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh …

Isra' Mikraj



SALAM ISRA' MIKRAJ :) Jom fahaminya... Rasullulah s.a.w naik ke langit tujuh pon x sombong macam kita.. naik BMW pun dah sombong dan riak... Tingginya budi perkerti Muhammad s.a.w ....

Sempena Malam Israk Mikraj...

Semuga kita mendapat manfaat dari pengembaraan Rasulullah SAW

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj
Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, 

Pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah 
tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di 
Masjid al-Aqsa? 

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama 
surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia. 

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid alHaram hingga ke hari ini. 

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. 

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. 

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua 
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam



Isra'Mikraj juga mengigatkan balasan-balasan Allah di akhirat nanti. yang mentaati dibalas kemewahan... yang mengingkari dibalas kekejaman atas diri sendiri.. Pilihlah... 
Isra' mikraj juga turunnya perintah Allah s.w.t untuk hambanya menyembahNYA..iaitu Solat...




Bersediakah kita?




Bersediakah kita menghadapi dugaan ini? Apalah sangat hidup di dunia ini yg cuma sementara. Melainkan hidup di akhirat.. Biarlah mati dalam ISLAM asal jangan mati dalam kekufuran.. Sedangkan Allah blh menyelamatkan hambanya dr terselamat dari api neraka apatah lagi api dari sekecil pistol itu.. Api sekecil itu lebih kami rela dari api Neraka Allah!
Semoga Allah kuatkan iman kita bila sampai saat-saat itu...:)

Thank You Allah :)



Masyallah:') Thank you Allah... Walau kita lalai dan jauh dr Allah.. Allah tetap bagi kita hidayah.. Dan nikmat-nikmat dunia... Tapi mahukah kita hanya untuk dunia sahaja? Dan tiada untuk akhirat? Oleh itu.. Pohonlah pada Allah untuk berikan kita taufiq hidayah... Semahal2 hidayah yg mungkin org lain xdapat... Berlumba2 untuk mendapat redha Allah dan dipandang oleh Allah... Sama2 kita mencari dan berlumba2 meraih cinta Nya yang kekal abadi ♥..

Simple greating.Assalamualaikum everyone!


Assalamualaikum!

Back to blog again! :D happy Always!
Actually my name is Nurul Aqilah...
Shohwatul means kebangkitan Islam.. I love this name..
dalam blog nie, insyaallah saya akan meletakan info2 yang berkaitan dengan islam yang saya dapat ye..
I have no idea to say tonite... ok Assalamualaikum...