template

Tuesday, July 10, 2012

Aurat diantara abang ipar dan adik ipar


Soalan:
Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar?

Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam,
kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar
tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi
jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah
ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya;
Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke
tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat
baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)

Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini
perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan
oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut
merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.

No comments:

Post a Comment