template

Monday, September 17, 2012

Berbaik dengan Bukan Islam



Tiada masalah andai orang Islam dan Bukan Islam hidup bersama andai saling bertoleransi dengan agama masing-masing..

Apakah yang dianjurkan dalam Islam?
At-Taubah 6-7

Dan jika seseorang dari kaum musyrik(Bukan Islam) meminta perlindungan kepadamu , maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia kemana- mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).

Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

Rasulullah s.a.w berinteraksi dengan sangat baik kepada golongan bukan muslim, berikut hanyalah beberapa contoh peristiwa yang berlaku dan beberapa informasi tambahan.

Menziarahi jiran yang sakit.

Daripada Anas r.a : “Seorang kanak-kanak yang selalu berkhidmat kepada Nabi telah jatuh sakit. Nabi menziarahinya dan duduk dekat dengan kepalanya. Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud : “Terimalah Islam“. Kanak-kanak itu melihat ke arah bapanya yang pada masa itu berada di sampingnya. Kata bapanya, “Taatilah kata-kata Abul Qasim.” Lalu kanak-kanak itu memeluk Islam. Nabi keluar dari rumah kanak-kanak itu lalu bersabda yang bermaksud, “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya daripada api neraka.” (Ibn Hajar al-Asqalani)

Membalas ucapan yang kesat dengan ucapan yang baik.

Dari Aisyah r.ha. katanya, “Satu golongan yahudi menemui Rasulullah s.a.w lalu mengucapkan Assam alaikum (maksudnya : binasa ke atas kamu). Saya memahami kata-kata yahudi itu lalu menjawab : Wa’alaikumus sam wal la’nah (bagi kamu juga kebinasaan dan juga laknat). Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sabar dulu wahai Aisyah, sesungguhnya Allah sukakan kelembutan dalam segala perkara.” Saya berkata : Tidakkah tuan mendengar apa yang mereka ucapkan? Rasulullah s.a.w menjawab, “Saya sudah menjawabnya dengan ucapan wa’alaikum sahaja.” (Bukhari)

Berdiri menghormati jenazah

Daripada Sahl bin Hunaif dan Qais bin Saad menjelaskan satu jenazah pernah lalu di hadapan Rasulullah s.a.w, lalu Baginda s.a.w bangun (pada ketika itu Rasulullah s.a.w bersama para sahabat). Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah orang yahudi.” Rasulullah s.a.w kemudiannya bersabda, “Bukankah dia juga seorang manusia.” (Bukhari)

No comments:

Post a Comment