template

Monday, July 2, 2012

Mengapa Negara Islam Berperang?


Ada tanggapan dan tunduhan negara-negara Islam suka berperang. Walaupun demikian, tuduhan itu tidak mempunyai bukti. Peperangan yang berlaku di Negara-negara Islam adalah disebabkan pencerobohan oleh Negara-negara bukan Islam. Islam tidak membenarkan pembunuhan tanpa alas an seperti kata Allah dalam ayat dibawah:

Sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa alas an yang membolehkannya membunuh orang tersebut atau melakukan kerosakan di bumi, maka seolah-olah dia membunuh manusia semuanya.
(Surah Al-Maidah 32)

Ayat diatas jelas menerangkan Islam tidak membenarkan peperangan, tetapi Islam mengalakkan umatnya berbuat baik kepada semua manusia.
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengusir kamu dari kampungmu. Sesungguhnya Allah mengasihih orang-orang yang berlaku adil.
(Surah Al-Mumtahanah 8)

Negara Islam tidak pernah menceroboh Negara lain..Tetapi sekiranya Negara Islam dicerobohi Negara lain, sebagai bangsa yang berdaulat wajib mempertahankan diri bersandarkan ayat Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
Dan perangilah orang yang memerangi kamu kerana menegarkan dan mempertahankan agama Allah, dan janganlah memulakan peperangan, kerana sesunguhnya Allah tidak suka kepada orang yang memulakan peperangan. (Al-Baqarah:190)

Ayat diatas menjelaskan Islam hanya membenarkan peperangan bagi menegakkan dan mempertahankan keadilan termasuk keadilan beragama. Islam melarang keras menceroboh Negara lain atas alas an apapun sekiranya Negara tersebut tidak memulakan peparangan.
Peperangan dalam Islam mengharamkan pembunuhan orang yang tidak terlibat dalam peperangan seperti perempuan, kanak-kanak dan orang tua, peniaga di pasar atau petani di lading.
Bukan Negara Islam sahaja, bahkan semua Negara akan melakukan perkara yang sama sekiranya diceroboh bagi tujuan penjajahan.
Apabila Negara-negara Islam diserang musuh untuk dijajah seperti Iraq, Afganisan, Palestine, Chechen, maka rakyatnya berhak menyerang bagi mempertahankan Negara mereka. Walaupun akan mengakibatkan kehancuran dan korban semata-mata namun adalah wajar bagi mendapatkan semula kemerdekaan dan mempertahankan maruah sebuah Negara yang berdaulat. Islam tidak pernah menggalakan pengikutnya berperang dengan menyerang Negara lain, tetapi sekiranya mereka diserang, maka mereka wajib mempertahankan diri.

No comments:

Post a Comment