template

Wednesday, February 27, 2013

::1000x Pesan buat diri terutamanya dan niqabis sekalian

Niqabis cuba jgn cemar image niqabis...
Kerna nila setitik rosak susu sebelangga~

Even pakai purdah on off :) pakai kerna sunnah pahala.. Kerna riak kosong :)
Walaupun sekali sekala
Jangan biar ianyanya kosong :)

::1000x Pesan buat diri terutamanya dan niqabis sekalian.

Sahabat binggung.

Time matrik:

Kawan sy kelihatan sedih...
:Kenak deng?(knp syg)


:sik, kmk bingung. Lps baca artikle tdk.( xde, sy bingung lps baca artikle)


: oh kenak?(oh knp?)


: bingung kmk. Boleh jadi kelak ktk diterit ke neraka jwk if kta x nasihat kawan utk solat. Mcm ne ow..nak nasihatnya.. Huhu( sy risau, blh jd nanti kta ditarik keneraka jgk if kta xnasihatkan kwn utk solat. Mcmna nak nasihatkn ye?)


:oh huhu(terharu). Ng nasihat org ya ng susah.lagik2 housemate. Ng asa kekok... Ktk try lah solat depan sidak. Dgn niat utk bukakkan hatinya. Bkn niat riak n asa alim..Insyaallah dpt. kmk dah try alhamdulilah. (mmg nasihat mmg ssh. Lg2 housemate. Mmg asa kekok. Kau try lah solat depan dia. Dgn niat dibukakan hatinya. Bkn kerna riak n rasa alim. Insyaallah dpt. sy pon dah cuba. Alhamdulilah).

Alhamdulilah. Kedua2nya ada perubahan. Sedikit dm sdikt moga mereka skrg terus mencari cintaNya. Amminn..

Action speak loud then word! Nasihat or ubah org lain dgn akhlak spt Nabi Muhammad saw ajarkan. Nabi saw is da best! Allahummasollialla sayyidima muhammad.

Sepi

Mudah jika ada teman. Senang nak buat kerja tanpa fitnah. =.=
Sekarang? Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Wanita yg lemah perlukan teman yg halal....

Niqab ini menjaga gerak-geriku. Alhamdulilah. Moga Allah redha dan membantu hamba ini yg lemah.. Allah kau maha mengetahui hati hambamu walau tidak diungkapkan :'(

Antara dailog nak kahwin muda. Bercanggah disitu!

Antara dailog nak kahwin muda.
Bercanggah disitu!

: kenapa org lain dpt,kau tak dapat?
: mungkin mereka berasa tidak bersalah bercinta sebelum kahwin. Mengangap maksiat itu biasa. Sbb tu mereka tak fikir kawin.

:alah kau kawal lah nafsu kau tu. org lain dapat jerrr..
: mmg la kau sng nak ckp. Mcmmana kau tahu org lain dapat jer? Org bercinta. Point syaitan lah tu. tinggi mana pun iman sesorg. Bila kna panahan cinta... Runtuh jugak iman tu. wali Allah pun rebah! Ingat... Bercumbu2an blablabla tu merupakan bukti cinta sesorg! Mahu mereka terus lalai dan terjerumus dalam keaadan yg dimurka Allah,ZINA?!

Naauzubillahminzalik!

Allahurabbi!...

Saidina umar ra berkata: tiada jalan lain pada seorg wanita dan lelaki yg sedang bercinta melainkan BERNIKAH.

Layakkah aku berNiqab?

Niqab pakaian MUSLIMAH... bukan pakaian para ustazah sahaja...
Selagi kamu islam selagi itu kamu berhak memakainya...
Betulkan mindset.... Niqab adalah pakaian terbaik kaum muslimah..
kerna niqab akan menjaga gerak geri kita sbg wanita islam. mendekatkan diri kita kepada Allah yg kian lalai dengan duniawi..

Ingat setelah berniqab persiapkanlah diri mu dgn ilmu agama jangan biarkan ianya kosong.... Kerna manusia sering melihat keburukan seseorang. banyak mana pun kebaikan.. apabila kesilapan sebesar kuman akan dilihat sebesar gunung...

wallahualam....

Tabahkan dirimu wahai Muslimah! Biar BIDADARI MENCEMBURUIMU NANTI!
ALLAHUAKBAR!

Friday, October 5, 2012

♥ Hukum Berpurdah ♥


♥ Hukum Berpurdah / Berniqab Menurut Mazhab Syafi’ie ♥

Pendapat mazhab Syafi’ie, AURAT WANITA di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah SELURUH TUBUH. Sehingga mereka MEWAJIBKAN wanita memakai purdah DIHADAPAN LELAKI AJNABI. Inilah pendapat MU'TAMAD mazhab Syafi’ie.

* Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

* Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

* Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)

* Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan FITNAH” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

* Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Saturday, September 22, 2012

Penghijrahanku


•. Bilamana aku BERUBAH,
•. dari sejarah kehidupan yang biasa kepada peribadi hari ini yang semakin baik,
•. janganlah kalian berasa pelik dan ragu2 dengan penghijrahanku,
•. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku,
•. cukuplah Allah sebagai saksi,
•. Yang menghitungku bukan kamu dan bukan aku,
•. Tetapi Allah Rabb ku .. ^_^ ♥