Masih ramai kalangan orang awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (15 Sya'baan).
Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi'i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi'i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi'i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-
"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa' bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW:
"Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa"
[ HR At-Tirmidzi ]
[ HR At-Tirmidzi ]
Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."
[ HR Abu Daud ]
[ HR Abu Daud ]
Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-
1. Puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama.
(separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.
2. Puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang.
(yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah membiasakan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan kebiasaannya itu.
3. Puasa qadha' samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu.
4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan.Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.

Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi'i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-
(Dan haram
berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya
puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang)
sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang
hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan
hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang
kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan
tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat
kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama
Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.
Dan
daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam
bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.'anha yang
menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa
sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda
berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits
lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang
lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada
keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi
riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan
keseluruhannya kecuali sedikit."... Kemudian hadits-hadits tersebut
tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas
nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah
kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak
menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni
hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz)
berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa
sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia
berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah
nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan
puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15
Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya
pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana
qadha' atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya).
Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam
at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu: "Apabila berbaki
separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga
menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada
menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).
(Tatimmah)
Haram puasa pada hari-hari tasyriq ..., dan demikian pula haram puasa
selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung
dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15
Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni
tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa
tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha' walaupun hanya qadha' puasa
sunnat.
Dan haram
puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung /
dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan
iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun
dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan
puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan
jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah
atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.
Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan.
Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi'i dapat beri perhatian
sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.Sumber : http://jomfaham.blogspot.com
Sumber Asal : http://bahrusshofa.blogspot.com
- Ambil dari Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment