template

Thursday, June 21, 2012

Mengapa Islam Tidak Mengiktiraf Bible




MENGAPA ISLAM TIDAK MENGIKTIRAF BIBLE

Injil yang diturunkan kepada Jesus bukan dalam bentuk manuskrip tetapi wahyu yang tidak tertulis seperti kitab-kitab suci lainnya.

1.       Benarkah Al-Kitab bukan Injil atau Taurat seperti yang diterangkan dalam Al-Quran?

Injil yang dimaksudkan oleh Al-Quran adalah ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah kepada Jesus. Injil tersebut menjadi panduan bagi bangsa Yahudi pada masa tersebut sahaja.

Firman Allah Taala yang bermaksud,

Katakanlah, “Siapakah yang menurunkan kitab Taurat yang dibawa oleh Moses sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembaran-lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu perlihatkan sebahagiannya dan kamu sembunyikannya sebahagian besarnya, padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapa-bapa amu tidak mengetahuinya?”
(Surah AL-Annam ayat 91)

2.       Al-Kitab bukan Kitab Suci?

Berdasarkan senarai kitab-kitab, maka kandungan Al-Quran bukan dikhaskan kepada kitab yang dibawa oleh nabi tertentu. Bahkan Bible merupakan campuran daripada wahyu Allah, ajaran nabi-nabi, para sejarawan, pendeta-pendeta dan penulis lain yang tidak dikenalpasti identitinya. Maka Bible tidak layak dianggap sebagai kitab suci kerana kitab suci (Holy) mengandungi seratus peratus wahyu daripada Allah tanpa penambahan oleh manusia termasuk juga nabi. Al-Kitab merupakan campuran wahyu Allah,ajaran nabi,sejarawan, pendeta dan penulis-penulis yang tidak dikenal pasti identitinya. Ini membuktikan kesahihan Al-Kitab sebagai kitab suci tercalar oleh tambahan karya manusia.

3.       Adakah Bible bukan Injil dan Taurat?

Islam tidak mengaktiraf bible sebagai Injil dan Taurat walaupun Allah telah menerangkan di dalam Al-Quran tentang Injil dan Taurat. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran
Allah menurunkan Al-Quran kepadamu dengan sebenarnya;membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil.
(Surah Ali Imram ayat 3)

Allah menyatakan dalam ayat yang lain,

Dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu iaitu Al-Quran itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Mengetahui lagi Maha Melihat hamba-hambaNYA.
(Surah Fatir ayat31)

Apa yang dimaksudkan dengan Injil dan Taurat di dalam ayat di atas adalah wahyu yang diturunkan Allah kepada Jesus dalam bentuk lisan. Manakala Bible yang ada sekarang bukanlah Injil yang diturunkan kepada Jesus. Di antara Injil dan Bible terlampau banyak perbezaan. Injil dan Taurat mengajarkan konsep tauhid yang sama dengan kandungan Al-Quran manakala bible mengajarkan kesyirikan kepada Allah. Sekiranya kandungan di dalam Bible tidak bercanggah dengan Al-Quran, maka umat Islam akan menerimanya.

Apa yang diajarkan dalam Bible pada hari ini sangat berbeza dengan kandungan Al-Quran. Penyebaran ajaran Jesus selepas ketiadaan beliau diteruskan oleh golongan Nazarene di bawah satu organisasi yang dinamakan “Majlis Jerusalem Gereja Awal” dan diketuai oleh Bishop Jerusalam yang pertama, Jacob St.James

Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui ayat berikut

Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Quran ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kebenaran kepada mereka, apa yang mereka perselisihkan dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
(Surah An-Nahl ayat 64)

Melalui doktrin baru yang diajarkan oleh penganut Kristian ini, tidaklah terasa menyimpang daripada ajaran ketauhidan yang diajarkan oleh Jesus? Yang mana satu yang betul sebenarnya? Al-Quran telah memperbetulkan penyelewengan ini melalui firman Allah di dalam surah Al-Ikhlas ayat 1 hingga4.
Katakanlah “Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu. Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”

Pencanggahan dalam Bible

Pencanggahan dalam Bible menunjukan bahawa bible bukan kata-kata Allah sebab tidak mungkin kata-kata Allahakan bercanggah di antara satu ayat dengan ayat yang lain . Di bawah ini disalinkan beberapa contoh percanggahan yang terdapat di dalam bible.

a)      Tidak pernah lihat Allah
Tidak seorangpun yang pernah lihat Allah; tetapi Anak Tungal Allah, yang ada dipangkuan Bapa , Dialah yang mengatakanNya (John 1;18)

PERNAH LIHAT ALLAH

Kemudian Tuhan menampakan diri kepada Abraham dekat pohon terbantin di Mamre,sedang dia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik (Genesis 18;1)

                Yakub menamai tempat itu Pniel, sebab katanya. “Aku telah melihat Allah berhadapan muka ,tetapi nyawaku tertolong” (Genesis 32;23)
b)      Bilangan yang dibunuh

“ Tetapi  orang Aram itu lari dari hadapan oang Israel, dan Daud membunuh dari orang Aram itu 700 ekor kuda kereta dan 40 000 orang berpasukan berkuda. Sobakh, panglima tentera mereka dilukainya sedemikian, hingga ia mati disana.: (II Samuel 10:18)

“Tetapi orang Aran itu lari dari hadapan orang Israel, dan Daud membunuh 700 000 ekor kuda kereta dan 40 000 orang berpasukan berjalan kaki; juga Sofakh, panglima tentera mereka membunuhnya.”(I Tawarikh 19;18)

Daripada kedua-dua ayat di atas terdapat dua fakta yang berbeza dalam kes yang sama . sekiranya Al-Kitab adalah firman Tuhan, bagaimana percanggahan boleh terjadi kepada fakta yang sangat ketara?

c)       Umur

Dalam tahun ke -12 zaman Yoram, anak Ahab raja Israel, Ahazia, anak Yoram raja Yehuda, menjadi raja. Dia berumur 22 tahun pada waktu dia menjadi raja dan setahun lamanya dia memerintah Yerusalem.( II King 8;25-26)

Dengan demikian Ahzai, anak Yoram raja Yahuda, menjadi raja. Azahia berumur 42 tahun pada waktu dia menjadi raja dan setahun lamanya dia memerintah Jerusalem.(II Tawarikh 22;1-2)

                Kedua-dua ayat diatas juga terdapat percanggahan fakta tentang umur Ahazia iaitu 22 dan 42 tahun.

5.       Mengapa wujud ayat pornografi dalam Al-Kitab?

Banyak ayat-ayat dalam Al-Kitab yang menceritakan tentang pornografi. Ada yang mengatakan bahawa ayat-ayat tersebut adalah semata-mata untuk menjadi pengajaran kepada manusia. Adakah kita perlu mengajar anak-anak tentang seksual dengan menunjukkan adegan dapat mengambil pengajaran? Mungkinkah ayat-ayat Allah menceritakan tentang pronografi?

“ Nuh ialah petani, dan dialah yang mula-mula menanam anggur. Setelah Nuh minum Wain, dia menjadi mamuk. Dia menanggalkan pakaiannya lalu berbaring terlanjang dalam keadaan bogel dalam khemahnya. (Genesis9;20-22)

“Oleh sebab Lut berasa takut tinggal di Zaor, dia bersama dengan kedua-dua anak perempuannya pergi ke pergunungan dan tinggal dalam gua. Anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “ayah semakin tua dan tiada seorang pun di seluruh negeri ini yang dapat mengkahwinikita supaya kita mendapat anak. Marilah kita membuat ayah mabuk, lalukita tidur dengan dia supaya kita mendapat anak daripadanya.: (Genesis 19;30-32)

Injil yang diturunkan kepada Jesus telah diubahsuai oleh pengikut-pengikutnya. Firman Allah Taala yang bermaksud,

Maka celakalah orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: “ ini daripada Allah”, untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka celakalah mereka akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan apa yang mereka kerjakan.
(Surah Al-Baqarah:79)

Allah menyatakan dalam ayat yang lain,

Segolongan daripada ahli kitab ingin menyesatkan kamu padahal mereka sebenarnya tidak menyesatkan kamu melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya, hai ahli kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui kebenarannya. Hai ahli kitab, mengapa kamu mencampur-adukan hak dengan batil, dan menyembunyikan kebenaran,padahal kamu mengetahui?
(surah Ali Imran 69-71)

Oleh sebab itu, islam tidak mengiktirafkan Bible sebagai Injil dan Taurat yang diturunkan kepada Jesus. Walaupun masih banyak lagi penjelasan yang diturunkan kepada Jesus. Walaupun masih banyak lagi penjelasan tentang semua ini, tetapi ayat-ayat diatas sudah cukup untuk meyakinkan yang bahawa Bible adalah bukan ayat-ayat Allah.

No comments:

Post a Comment