template

Saturday, June 30, 2012

Islam dan Sains Moden


Islam dan sains moden
Islam sangat mengalakan umatnya untuk mencapai kejayaan. Setiap kali azan akan dilaungkan. “Hayyalafalah” iaitu mari menuju kejayaan, kejayaan akan tercapai melalui penguasaan ilmu sains. Merujuk sejarah Islam telah melahirkan pakar-pakar sains yang telah menyumbang kepada perkembangan sains moden, sedangkan pada masa itu Eropah dan Barat berada dalam fasa kegelapan.
Sumbangan Islam terhadap sains moden.
1.       ASTRONOMI DAN GEOLOGI
a)      Big Bang

Teori big bang baru ditemui pada abad ke-20 sedangkan Islam telah menerangkan tentang kejadian ala mini sejak 1400 tahin yang lepas sepertimana kata Allah di dalam Al-quran,

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.
(Surah Al-Anbiyak, ayat 30)
Ayat di atas menerangkan bahawa terjadi suatu letupan kuat sebelum terbentuknya dunia seperti dilaporkan dalam Teori Big Bang. Pada zaman tersebut, belum ada teknologi secanggih teknologi moden seperti sekarang tetapi Islam telah menerangkannya. Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukan tulisan daripada Nabi Muhammad tetapi Allah.
b)      Permulaan alam dipenuhi asap tebal.
                Allah menyatakan dalam Al-Quran,
Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepada keduanya dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya menurut perintahKU dengan suka hati atau terpaksa.” Keduanya menjawab: “Kami datang dengan suka hati”.
(Surah Fussilat, ayat 11)
Ayat di atas menerangkan permulaan kejadian bumi adalah gumpalan asap tetap dan ini bersesuaian dengan teori kejadian bumi mengikut sains moden.




c)       Alam semesta berkembang pesat

Mengikut kajian sains moden, bumi sentiasa berkembang, ini dibuktikan dengan jarak antara bumi dengan matahari semakin jauh, dan anara objek-objek langit sentiasa bertambah jauh. Ini selaras dengan penjelasan di dalam ayat Allah yang bermaksud,
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnyaKami benar-benar meluaskannya.
(Surah az-Zariyat ,ayat 47)
d)      Bentuk bumi
Dia menjadikan malam, melingkari siang dan menjadikan siang serta melingkari malam.
(SurahAz-Zumar ,ayat 5)
Ayat ini menunjukan bumi berbentuk bulat. Bulat yang dimaksudkan di sini bukan bulat adalah seperti telur burung unta. Telur unta mempunyai bentuk tidak sama seperti telur-telur lain. Ini bersesuaian engan penemuan sains moden yang mengatakan bahawa bumi berbentuk bulat.
                Allah mneyatakan di dalam Al-Quran,
“Dan bumi sesudah itu dihamparkanNya “
(Surah An-Naziyat ayat30 )
e)      Gunung-ganang sebagai pasak
Gunung ganang merupakan pasak yang akan menstabilkan bumi ini. Dalam Al-Quran, Allah menyatakan,
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasak?
(Surah An-Nabak,ayat 6-7)
f)       Orbit matahari dan Bulan
Bulan dan matahari beredar pada orbitnya. Ini berdasarkan ayat Allah yang berbunyi,
“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.”
(Surah Yassin ayat 40)


g)      Matahari berputar pada paksinya,
Allah berkata,
Dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.
(Surah an Anbiyak, ayat 33)

2.       FIZIK (Atom)
Atom merupakan partikel terkecil yang tidak dapat dihuraikan lagi. Ini bersandarkan dengan ayat dibawah:
Tidak ada tersembunyi daripada seberat zarah pun yang ada di langit dan di bumi serta tidak ada pula yang lebih kecil dan lebih besar daripada itu, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata.”
(Surah Sabal ayat 3)
3.       BOTANI DAN PERUBATAN
Sains moden menerangkan bahawa terciptanya makhluk baru dengan adanya pencampuran sel jantan (sperm) dan sel betina(ovum). Ini menunjukan dengan adanya pasangan, maka akan lahirlah organism baru. Allah menyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud,
Dan menjadikannya padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malan kepada siang.
(Surah Ar-Rad, ayat 3)
Madu mempunyai khasiat yuang baik untuk kesihatan manusia. Sungguhpun kandungan gulanya tinggi tetapis esuai untuk orang yang menderita darah tinggi. Madu telah banyak diolahmenjadi produk kesihatan dan juga ooerisa bagi makanan dan minuman. Allah menyatakan di dalam Al-Quran,
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengigat kebesaran Allah.”
(Surah Az-Dzariyaat, ayat 49)
Allah menyatakan lagi ,
Daripada perut lebah keluar madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
(Surah An- Nahl ayat 69)

4.       EMBRIOLOGI
Al-Quran menerangkan tentang fasa-fasa perkembangan bayi di dalam kandungan seperti dinyatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud,
Kemudian Kami jadikan air mani yang disimpan dalam rahim. Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, alu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
(Surah Al-Mukminun ayat13-14)
                Allah juga menjelaskan penciptaan manusia dalam ayat yang lain Allah berkata,
Ketahuilah sesungguhnya Kamu telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi.
(Surah Al-Haj ayat 5)
                Ilmu embrio moden mengiktirafkan penjelasan Al-Quran tentang kejadian manusia paling terperinci.
5.       JANTINA BAYI
Allah menjelaskan kejadian jantina bayi itu di dalam ayat berikut.
Bahawasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita.
(Surah An-Najm ayat 44-45)

No comments:

Post a Comment